Kuliah ini diadakan bagi menghayati peristiwa agung Israk dan Mikraj serta memperkukuhkan kefahaman umat Islam tentang kepentingan ibadah solat sebagai anugerah langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW.
Sehubungan itu, seluruh jemaah dan ahli kariah dijemput hadir beramai-ramai bagi mengimarahkan majlis ilmu ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan dan dihargai.










